Berdagang dalam pasaran kewangan global memerlukan kajian teori yang serius. Oeh itu, tidak hairanlah terdapat begitu banyak buku, webinar dan kursus mengenai topik ini untuk pedagang baru. Pada masa yang sama, persediaan untuk dagangan kripto memerlukan ketelitian kerana aset digital telah menjadi sebahagian daripada pasaran kewangan global baru-baru ini.
Hari ini, kita akan meneliti semua aspek dunia kripto yang menarik minat ramai pedagang.
Semua aset digital boleh dibahagikan secara kasar kepada tiga kumpulan: bitcoin (BTC), stablecoin dan altcoin. Setiap daripada mereka mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Bitcoin (BTC) adalah mata wang kripto utama. Pengenalannya telah membawa kepada revolusi. Sejak itu, mata wang kripto dilihat sebagai alternatif digital kepada wang fiat dan emas. Malah, bitcoin mempunyai beberapa perbezaan ketara dari mata wang tradisional:
Seiring masa, mata wang kripto utama ini telah menjadi semakin popular, dengan pertumbuhan pesat jaringannya. Akibatnya, kadar kelajuan transaksi menurun dan yuran komisen meningkat. Itu menimbulkan ketidakpuasan di kalangan pengguna yang mula mencari alternatif kepada BTC.
Begitulah altcoin, semua aset digital yang dibangunkan selepas BTC, muncul. Mereka kini menyumbang sebanyak 40% daripada pasaran kripto.
Untuk mencipta altcoin pertama, perubahan kecil dalam kod pengaturcaraan BTC telah dibuat. Itulah cara Litecoin diperkenalkan. Koin digital ini sangat mirip namun berbeza dari BTC. Faktanya adalah kapasiti pemprosesan Litecoin adalah empat kali lebih tinggi dan berdasarkan Script, algoritma enkripsi baharu.
Beberapa altcoin adalah cadang dari aset digital lain. Mereka muncul sepelas kemas kini blockchain. Itulah bagaimana Bitcoin Cash dan Bitcoin Gold tiba.
Perbezaan ketara di antara BTC dan altcoin adalah tujuan mereka. Oleh itu, Ethereum memastikan penciptaan dan penggunaan aplikasi terdesentralisasi dan kontrak pintar.
Pada masa yang sama, seperti bitcoin, semua altcoin beroperasi secara bebas dalam rangkaian mereka berdasarkan blockchain, teknologi lejar bersepadu.
Volatiliti adalah salah satu ciri utama pasaran kripto. Oleh itu, untuk mengelakkan perubahan harga, pembangun telah mencipta stablecoin. Ia adalah altcoin yang disokong oleh aset kewangan stabil seperti mata wang dunia (USD, EUR), komoditi (emas, perak) dan koin digital lain. Dalam erti kata lain, kadar pertukaran stablecoin adalah sama dengan kadar pertukaran aset yang menyokongnya.
Kadangkala, stablecoin tidak disokong oleh apa-apa. Sebagai contoh, kadar pertukaran koin Carbon dikawal oleh bekalan tambahan.
Walaupun maksud stablecoin adalah serupa dengan BTC, mereka masih mempunyai perbezaan:
Tiga kumpulan mata wang kripto yang disebutkan di atas digabungkan dalam pasangan dagangan. Pedagang baru kebiasaannya mula berdagang dengan pasangan BTC/USD kerana dolar AS dan stablecoin adalah yang paling stabil. Bitcoin ialah aset digital kedua paling stabil. Manakala altcoin paling tidak menentu (volatil).
Apabila bercakap tentang korelasi di antara pasangan tersebut, dalam kes BTC/USD, segalanya mudah. Apabila BTC naik harga, kadar pertukaran koin dalam dolar juga meningkat. Sebaliknya, apabila BTC turun, nilai yang setara dengannya dalam dolar AS juga menurun.
Walau bagaimanapun, apabila bercakap tentang dagangan BTC/USD dan altcoin/USD, ia akan menjadi lebih rumit. Sekarang mari kita menganalisis pasangan yang paling umum.
Katakan ВТС meningkat kepada $11,000 dari $10,000. Sementara itu, kadar pertukaran altcoin masih $10. Dengan harga BTC $10,000, harga altcoin ialah 0.001 BTC. Apabila mata wang kripto utama melonjak kepada $11,000, altcoin jatuh kepada 0.00091 BTC. Ini bermakna untuk membeli 1 altcoin dengan BTC, anda memerlukan 9% kurang BTC. Pada masa yang sama, untuk membeli 1 altcoin dengan wang fiat, kita masih memerlukan $10.
BTC stabil. Harga altcoin naik/turun sebanyak $1
BTC diniagakan pada $10 000. Altcoin naik kepada $11 dari $10. Dalam bitcoin, ia adalah peningkatan daripada 0.001 BTC kepada 0.0011 BTC, iaitu sebanyak 11%. Pada masa yang sama, apabila harga altcoin turun dari $10 kepada $9, nilainya dalam BTC adalah 10% lebih rendah.
BTC dan altcoin menukar harga secara serentak
Di sini ia bergantung kepada mata wang kripto mana yang meningkat lebih cepat, altcoin atau BTC. Jika ВТС melonjak kepada $11,000 dari $10,000 dan altcoin meningkat kepada $11 dari $10, keuntungan peniaga dalam BTC akan meningkat sebanyak 9%. Jika ВТС melonjak kepada $11,000 dari $10,000 dan altcoin turun kepada $9 dari $10, maka keuntungan dalam BTC akan merosot sebanyak 18.1%.
Kesimpulannya, keuntungan daripada berdagang pasangan BTC/USD dan altcoin/USD bergantung kepada seberapa pantas harga komponen dalam pasangan itu menaik dan menurun.